top of page

SEJARAH AWAL PENUBUHAN PASUKAN

 

Penubuhan Batalion Kedua Puluh Rejimen Askar Melayu DiRaja (20 RAMD) adalah selaras dengan pembesaran Tentera Darat (TD) dalam Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) yang bermula pada tahun 1976. Pada 1 Januari 1977, kumpulan yang diketuai oleh Lt Kol Zainal Abidin bin Mohd Dan (12168) selaku Pegawai Memerintah yang pertama ini telah ditempatkan di Wade Wing KEMENTAH untuk urusan penubuhan.Kumpulan nukleus ini terdiri daripada anggota-anggota dari pasukan 1 RAMD, 5 RAMD, 15 RAMD dan 16 RAMD yang masing-masing menyumbangkan 20 anggota. Keanggotaan ditambah lagi dengan platun-platun Kompeni Markas dari 8 RAMD, 9 RAMD, 11 RAMD, 12 RAMD, 13 RAMD, 14 RAMD dan 17 RAMD. Jumlah keanggotaan yang dapat dikumpul semasa penubuhan adalah 25 pegawai dan 365 anggota.

 

 

 

LAWATAN DAN ACARA PENUBUHAN

 

Kumpulan pertama ini telah ditempatkan di Kem Desa Pahlawan, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 5 November 1977. Buat pertama kalinya batalion ini telah menerima lawatan oleh pegawai kenamaan pada 13 Disember 1977 apabila Ketua Turus Angkatan Tentera (KTTA) ketika itu Jen Tan Sri Ibrahim bin Ismail membuat lawatan ke pasukan dan disusuli pula oleh Ketua Turus Tentera Darat (KTTD) iaitu Lt Jen Dato’ Ghazali bin Mohd Seth pada 1 Feb 1978.Sepanjang penubuhannya, batalion ini telah dua kali menerima kunjungan oleh Kol Yang DiPertua RAMD, DYMM Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan DYMM Tengku Baayah Ibni Almarhum Tengku Abdul Rahman Sultanah Kedah. Kunjungan pertama kali semasa batalion ini berpengkalan di Kem Desa Pahlawan, Pengkalan Chepa, Kelantan dan kali kedua pada 27 Julai 1985 ketika pasukan berada di Kem Sri Miri, Sarawak.Selama 9 bulan, latihan dan pengurusan pembentukan pasukan yang optimum telah dilaksanakan untuk membina kematangan dan kepakaran. Akhirnya terbentuklah sebuah pasukan yang bersedia untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Pada 8 Mei 1978, perasmian penubuhan pasukan telah dilakukan oleh Lt Jen Dato Ghazali bin Mohd Seth.

SEJARAH PENUBUHAN

bottom of page