top of page

 

KECEMERLANGAN PASUKAN

 

Selain kecemerlangan dalam melaksanakan tugas, pasukan juga telah berjaya menempa kecemerlangan di dalam bidang sukan. Pasukan pernah mengungguli arena bola tampar Kor RAMD apabila berjaya menjulang kejuaraan sebanyak 3 kali berturut-turut mulai 1994 hingga 1996 dan kali terakhir pada tahun 1998.

 

Selain itu juga, pasukan pernah menjuarai sukan-sukan lain seperti tinju (4 kali) dan olahraga 9 Bgd. Pasukan juga telah 2 tahun berturut-turut menjuarai Kejohanan Triathlon Peringkat 9 Bgd (2006 & 2007), sekaligus menjadikan pasukan ini selaku Pusat Cemerlang Sukan Triathlon 9 Bgd.

 

Selain dari bidang sukan, pasukan juga telah beberapa kali menerima Anugerah Kualiti bagi pelbagai kategori, antaranya Johan Pertandingan Kecantikan Kem peringkat 3 Div (1994 - 1997), dan Johan Kategori Rumah Masak Pasukan peringkat 3 Div (1997).

 

Walaupun pasukan ini baru ditubuhkan sejak 30 tahun yang lalu, namun kecemerlangan pasukan sejak awal penubuhan masih mampu dikekalkan malah dipertingkatkan selaras dengan perubahan zaman dari era pembangunan kepada era permodenan Angkatan Tentera Malaysia. Meskipun kupasan sejarah pasukan ini hanya secara ringkas, namun pasukan ini mampu dan berazam akan sentiasa menyanjung tinggi harapan nusa bangsa untuk memartabatkan maruah bangsa dan mempertahankan tanahair tercinta.

 

bottom of page