top of page

Dalam tempoh 30 tahun sejak ditubuhkan, pasukan telah ditempatkan di kem-kem seperti berikut:

 

Penempatan Pertama Pasukan telah menduduki Kem Desa Pahlawan, Bukit Cina pada 5 November 1977 dan kekal selama lapan tahun di sana sehingga Disember 1984.

 

Penempatan kedua mulai Januari 1985 pasukan telah dipindahkan ke Kem Sri Miri, Sarawak mengambil alih dari 3 RAMD. Sebelum berangkat ke Miri, satu perbarisan perpisahan telah diadakan di Stadium Sultan Mohamad Ke IV Kota Bharu.

 

Penempatan ketiga setelah 3 tahun berada di Kem Sri Miri, pasukan telah dipindahkan buat kali ketiga ke Kem Senawang, Negeri Sembilan. Pada 24 Oktober 1987 kumpulan pertama telah berlepas dengan menggunakan Kapal Pernas Safari ke Semenanjung. Sebelum itu satu perbarisan perpisahan juga telah diadakan di Padang Perbandaran Miri. Seterusnya ambil alih Kem Senawang telah dilakukan pada 9 November 1987 dari 18 RAMD.

 

Penempatan keempat setelah 12 tahun berpengkalan di Kem Senawang, pasukan telah diaturgerakan untuk berpengkalan semula di Kem Sri Miri bermula pada akhir tahun 1999. Semua urusan pindah alih telah sempurna dilaksanakan pada 12 Disember 1999 dan pasukan ini masih berpengkalan di Kem Sri Miri sehingga sekarang.

 

bottom of page